TERKINI
Buletin Dalam Negara

Gojek bukan penyelesaian menyeluruh di negara ini.

August 23, 2019 5:01 pm – Kamal Hafiz

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Keputusan jemaah menteri memberi kebenaran berhubung cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai gojek di negara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tidak ketinggalan, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin yang mempersoalkan kewajaran perkhidmatan tersebut dan beliau turut membandingkan pelaksanaannya dengan negara jiran, Indonesia.

“Ojek adalah pengangkutan awam tidak formal menggunakan motosikal di Indonesia, tujuannya mengatasi kesesakan lalu lintas dan kekurangan pengangkutan awam. Dikomersialkan dengan jenama Gojek menggunakan aplikasi Internet.

“Soalannya ialah adakah Kuala Lumpur sesak dan kurang pengangkutan awam seperti Jakarta? Apakah ini pengakuan bahawa berpuluh bilion ringgit yang dibelanjakan membina Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Rapid KL serta memperluaskan sistem jalan raya gagal mencapai matlamat?,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, untuk pelaksanaan perkhidmatan itu, jemaah menteri telah memutuskan agar kajian undang-undang perlu dibuat terlebih dahulu.

Jelasnya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan telah diberikan tanggungjawab untuk mewujudkan ruang dan undang-undang bagi membenarkan perkhidmatan itu dilaksanakan.

Dalam pada itu, A. Kadir turut mempersoalkan sama ada perkhidmatan gojek tersebut merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi yang menjadi dasar kerajaan hari ini.

“Adakah ia akan menjadi satu lagi kegiatan ekonomi yang akan meletakkan bumiputera di tangga terendah dalam hierarki pendapatan?” soalnya lagi.

Beliau dalam pada itu turut membangkitkan isu keselamatan ketika penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan tertinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara ini.

“Apakah jaminan keselamatan memandangkan kadar kemalangan jalan raya dan nisbah kematian yang tinggi khususnya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal?,” katanya lagi.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru pula meminta kerajaan untuk memperolehi data dan maklum balas menyeluruh sebelum mengumumkan apa-apa dasar di negara ini.

Razrul Anwar Rusli

“Kita lebih maju dari Indonesia, kenapa mesti kita meniru negara yang terkebelakang ? Mereka pun baru nak bina LRT, kita sudah ada dari tahun 2000 lagi. Gojek tidak meningkatkan ekonomi dan taraf pendapatan orang Melayu. Maka makin banyaklah mat rempit, penghantaran makanan dan pion (despatch boy) dikalangan orang kita. Gojek hanya solusi sementara”, ujarnya.

“Niat menteri kita adalah baik, tetapi kita mesti berpandangan jauh. Saya percaya ada total solution untuk gaji dan tingkat taraf hidup anak muda kita. Jika mahu disenaraikan, ia panjang. Saya percaya menteri dan pegawai kita boleh menjangkaui cara membantu anak mudah lebih dari Gojek”, tambah Razrul.

Di atas perkembangan ini, Grab, syarikat e hauling multinasional dari Malaysia juga membayangkan untuk melancarkan e bike untuk pasaran tempatan

“Kita bersangka apabila banyak servis e hauling ini, maka bandaraya kita seperti KL dan JB akan kurang kesesakan. Sebanarnya tidak. Kita memandu ketika perlu. Tetapi pemandu e hauling akan sentiasa di jalanan mencari pelanggan, ditambah teksi dan bas”, rujuk Razrul berkenaan sudah banyak applikasi dan syarikat seumpamanya di Malaysia.

Beliau lebih menyokong untuk kerajaan melaksanakan dasar supaya anak muda lebih ke arah menjadi cendiakawan, tenaga mahir atau menghasilkan sesuatu disruptive market daripada hanya terus jadi pekerja atau pengguna.

Cabaran itu harus digalas semua pihak, bukan menteri dan kerajaan semata-mata, untuk menjadi negara maju. Supaya kualiti rakyat yang dilahirkan adalah kuat dan disegani. “Anak muda Melayu mesti berani dan jangan tunggu kerajaan tentukan semua perkara”, tambah beliau.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.