TERKINI
BIZ

12 industri utama dalam penglibatan pembelian GenY

October 5, 2019 4:21 pm – Aliff

Keruntuhan perniagaan baru-baru ini seperti Thomas Cook dan Forever 21 menunjukkan trend berubah cepat dalam bagaimana orang beralih ke laman web dalam talian (online) untuk keperluan perjalanan, runcit dan lain-lain.

Syarikat-syarikat yang ingin memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang ini untuk melayani permintaan golongan millennial, yang dikenali sebagai Generasi Y (Gen Y), perlu diubah untuk memenuhi permintaan mereka. Mereka adalah generasi terbesar dalam sejarah dan berada pada puncak pengeluaran mereka, CB Insights mengatakan dalam satu laporan.

Laporan itu mengatakan dalam masa beberapa dekad akan datang, Gen Y akan memasuki tahun perbelanjaannya yang utama – dan mereka akan menerima kekayaan AS $ 30 trilion daripada baby boomers dan Gen X. Pemindahan kekayaan telah mula mengubah pelbagai industri, yang sebahagiannya akan mendapat manfaat daripada peningkatan kuasa perbelanjaan millenial.

Syarikat-syarikat yang akan datang adalah mereka yang menyusun semula dan fokus di sekitar Gen Y untuk menawarkan lebih banyak kemampanan, kemampuan, dan fleksibel dalam produk dan perkhidmatan mereka dengan mendakap teknologi. Berikut adalah petikan laporan:

Perkhemahan

Dengan ramai anak-anak, Gen Y sukakan cabaran di luar. Aktiviti khemah dan penjualan peralatan khemah meningkat ke US$2.5 billion pada tahun 2018

Kecergasan

76% golongan Gen Y bersenam berbanding Gen X dan baby boomers . Namun permintaan untuk butik gym dan pusat kecergasan yang murah akan meningkat berbanding gym yang mewah

Mengembara / melancong

Pelancongan bajet adalah menguntungkan. Bukan lagi kaedah lama di mana mengikut rombongan. Servis hotel tidak diperlukan sangat. Servis seperti Airbnb dan rumah tumpangan bajet, dan juga office sewa bajet jika melancong mendapat sambutan. Gen Y juga mudah terpengaruh dengan sosial media sebelum memilih tempat pelancongan. Lihat bagaimana Air Asia merupakan syarikat penerbangan bajet yang terulung di rantau ini.

Penyediaan makanan yang cepat dan murah

Gen Y mungkin hanya pesan makanan melalui telefon di masa hadapan sepenuhnya. Kurang lagi tapak restoran. Servis seperti penghantaran makanan mendapat sambutan tinggi.

Kenderaan Mudah Gerak

Scooter, basikal berbayar di bandar-bandar besar mendapat sambutan. ianya murah , tidak sangkut dalam kesesakan dan cepat.

Automotif

Gen Y masih memilih kereta untuk bergerak. Mereka akan suka kereta yang jimat tenaga dan murah.

Minuman segera yang berkhasiat

Akan muncul banyak syarikat kecil baru yang mengeluarkan minuman seperti soda. Ia lebih menarik dan menjual secara online. Ia akan mencabar syarikat-syarikat besar seperti Coca Cola. Yang penting ia mesti sedap, berkhasiat dan murah.

Produk kecantikan

Industri kosmetik global akan menjangkaui US$800 billion tahun 2023. Gen Y mudah membeli produk apabila bertemu iklan oleh selebriti yang mereka sukai. Produk yang semulajadi dan tidak diuji atas haiwan diutamakan. Kajian berkenaan produk banyak dilakukan di sosial media.

Penanaman di rumah

Tumbuhan hijau di rumah menjadi rutin harian dan kesihatan Gen Y di rumah. Mereka akan membelanjakannya untuk mencantikan perhiasan rumah. Lihat sahaja di IKEA kini terdapat tumbuhan perhiasan, dan ia mendapat perhatian. Anda boleh membuka kedai atau online dengan menjual gubahan idea tumbuhan untuk penanaman rumah. Belum ada yang popular !

Makanan sejuk beku

Gen Y menghadapi hutang yang tinggi seperti hutang pelajaran. Jadi makanan segera ini menjimatkan. Sektor ini dijangka meningkat hingga US$290 billion di tahun 2021. Namun cabarannya ialah meyakinkan pengguna akan tahap khasiat dan harga.

Kopi

Mereka cintakan kopi dan sanggup bayar mahal untuk itu. GenY minum kopi sejak usia 15 tahun . Sama ada di dalam tin atau kotak , mereka membelinya. Juga mereka ingin tahu cara penanaman kopi sebelum membeli sesuatu jenis jenama kopi itu.

Kewangan

Gen Y menguruskan kewangan dan melibatkan perancangan kewangan mereka bukan dengan bank, tetapi dengan applikasi yang bukan bank, seperti e-wallet. 71% Gen Y lebih percaya nasihat doktor gigi berbanding nasihat pegawai bank. Ini kerana bank ketinggalan dari segi teknologi, cara penyampaian dan khidmat pelanggan yang tidak memenangkan pelanggan.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.