TERKINI
Dalam Negara

Alice Lau Pengerusi NIOSH baru.

October 7, 2019 11:41 am – Zairi Lee

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mengumumkan pelantikan ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng sebagai pengerusi barunya.

Pelantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkuatkuasa dari 1 Okt 2019 hingga 20 Sept 2022.

Lau, yang memegang Master of Pharmacy dari University of Strathclyde, menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye, yang kontraknya berakhir pada 20 Sept.

Tan Sri Lee Lam Thye, yang menjawat jawatan sebagai pengerusi NIOSH selama 25 tahun dari 1994 hingga 2019.

“Dalam hal ini, NIOSH yakin Lau dapat mengambil institut itu ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun perlantikan ini juga akan menjadi kontroversi kerana ia bertentangan di atas prinsip manifesto kerajaan Pakatan Harapan.

Tahun lalu pada bulan November, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah didesak untuk mengundur diri dari jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelantikan itu dibuat oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Ketua Perlembagaan UIAM bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai 2018.

Namun, pelantikan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila mendapat bantahan dan kritikan ramai yang mempersoalkan kelayakan beliau yang kini memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Ketika ditanya kepada wakil DAP, sumber menegaskan bahawa perlantikan Alice itu tidak boleh dibandingkan dengan pelantikan Maszlee dahulu kerana Alice bukan seorang menteri kabinet. Jadi ia tidak tersasar dari menifesto pilihanraya PH lalu.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.