TERKINI
Dalam Negara

Vape boleh menjurus ke arah penagihan dadah

October 16, 2019 12:52 pm – Arman Danial

SHAH ALAM – Penggunaan rokok elektrik atau vape perlu diharamkan kerana perbuatan itu boleh membuka jalan kepada penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Ramli Abd Samad berkata, walaupun vape bukan punca utama kepada gejala dadah tetapi ia boleh dikategorikan sebagai penyebab yang menjadi punca kepada penagihan dadah.

“Bahan asasnya yang terdapat dalam vape adalah sama seperti rokok namun tidak membawa kepada kesan ketagihan.

“Tetapi kalau sudah berani mencuba menghisap bahan-bahan sebegini, tidak mustahil penghisap vape ini bertindak lebih berani untuk menghisap benda lain selain daripada vape.

“Saya tidak kata semua yang menghisap vape akan menghisap dadah tetapi hampir 90 peratus yang berani mencuba dadah berpunca daripada keberanian mereka menghisap rokok dan vape,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kira-kira 300,000 pelajar sekolah di seluruh negara didapati terjebak dengan penggunaan rokok elektronik atau vape.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan, daripada jumlah direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM), 50,000 daripada mereka terdiri daripada pelajar perempuan.

Jelas beliau, satu kajian dalam kalangan pengguna rokok elektronik di Malaysia didapati satu dapatan dalam kalangan pelajar sekolah 9.1 peratus atau 300,000 pelajar kita menggunakan vape.

Daripada jumlah itu, seramai 250,000 melibatkan pelajar lelaki dan bakinya dalam kalangan pelajar perempuan.

Dalam pada itu, Ramli berkata, bukan sesuatu yang perlu dihairankan apabila pelajar perempuan berjinak-jinak dengan menghisap vape kerana mereka juga mempunyai perasaan ingin mencuba sama seperti pelajar lelaki.

“Memang budaya masyarakat di negara kita kelihatan janggal pelajar perempuan menghisap vape tetapi saya lihat situasi ini lebih kepada trend.

“Trend yang kononnya apabila menghisap vape mereka dilihat berani apabila berada dalam kalangan seusia mereka,” jelasnya.

Menurutnya, gejala vape perlu dicegah kerana berdasarkan perkongsian daripada penghuni di Rumah Pengasih mendapati terdapat vape yang diperbuat daripada minyak marijuana dan bahan yang terdapat daripada morfin.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, individu yang baru berjinak-jinak untuk menghisap vape akan mencuba bahan lain yang dapat memberikan kesan yang lebih kuat untuk memuaskan ketagihan mereka.

“Sifirnya mudah, kalau orang demam mula-mula dia akan ambil dos yang sikit kemudian ke dos yang lebih besar.

“Begitu jugalah dengan vape tetapi apabila sudah berjinak-jinak ia sukar untuk dihindari dan akhirnya menjadi ketagih dan seterusnya membawa kepada penyalahgunaan dadah,” katanya.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.