TERKINI
Undang-Undang

Najib adalah 1MDB, 1MDB adalah Najib

October 26, 2019 9:58 am – Kamal Hafiz

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menyifatkan Datuk Seri Najib Razak adalah 1MDB dan 1MDB adalah Najib.

Ia kerana apa saja yang dikehendaki bekas Perdana Menteri itu perlu disegerakan termasuk perjanjian usaha sama 1MDB dengan syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak, PetroSaudi International Ltd.

Menurut Shahrol Azral, ia adalah antara punca beliau menandatangani perjanjian usaha sama terbabit tergesa-gesa kerana perkara yang berlaku dalam urusan syarikat adalah seperti yang dikehendaki Najib.

Sebagai CEO, katanya, beliau hanya menyempurnakan kehendak Lembaga Pengarah 1MDB dan apa yang Najib mahukan.

“Tidak wujud dalam pemikiran saya ia adalah di antara 1MDB dan Najib kerana ‘Najib adalah 1MDB dan 1MDB adalah Najib.

“Apa saja yang Najib mahukan, saya perlu menyelesaikannya,” katanya.

Shahrol Azral turut memberitahu beliau tidak memasukkan nama ahli perniagaan dikehendaki polis, Low Taek Jho atau Jho Low dalam Minit Lembaga Pengarah 1MDB pada 2009 kerana beberapa perkara tertentu tidak diminitkan disebabkan ingin melindungi Najib.

Katanya, perkara itu adalah berhubung pembabitan Jho Low dalam memberi nasihat kepada 1MDB dan PetroSaudi International berkenaan usaha sama kedua-dua belah pihak.

“Saya masih ingat ketika proses (mesyuarat) membubarkan TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu) yang kemudian ditukar kepada nama 1MDB.

“Dalam mesyuarat itu, Najib berkongsi mengenai 1MDB dan beliau mahukan 1MDB melakukan perkara yang berbeza dan meninggalkan cara lama. Najib mahu semuanya dilaksanakan segera dan pantas.

“Pada mesyuarat khas yang dihadiri pegawai kanan Kementerian Kewangan, Najib pernah menyatakan “saya (Najib) tidak akan memusnahkan negara,” katanya.

Berikutan kenyataan itu, Shahrol Azral menjelaskan ia adalah antara punca kenapa beliau mempercayai Najib yang dapat dilihat melalui setiap keputusannya dalam syarikat itu.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.