TERKINI
Dalam Negara Politik

Selepas Tun M, Anwar sebagai Perdana Menteri

October 26, 2019 12:59 pm – Arman Danial

PONTIAN: Peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata peralihan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. “Ia bukan soal siapa tetapi masa ketika ia akan berlaku.

“Dr Mahathir adalah pemimpin kita dan mari tunggu untuk itu (peralihan), tetapi dalam masa yang sama kita harus melakukan kerja kita,” katanya semalam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau adalah antara empat pemimpin yang menandatangani perjanjian itu (mengenai peralihan kuasa).

Yang lain ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan presiden PKR pada masa itu, presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Apa yang kita bincangkan ialah siapa yang kita mahu calonkan sebagai perdana menteri dan ketika itu kita mencalonkan Dr Mahathir, namun ada perselisihan dan tidak puas hati.

“Tetapi kami berjaya juga untuk memilih Dr Mahathir sebagai perdana menteri jika Pakatan menang.

“Kemudian nama Anwar muncul sebagai pengganti Dr Mahathir … sejauh mana kita tahu isu itu bukan tentang siapa tetapi lebih tepat ialah bila masanya, di mana pemimpin parti harus duduk dan bersetuju,” kata Muhyiddin selepas mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Muhyiddin bagaimanapun berkata bahawa beliau tidak ingat sama ada terdapat tarikh yang ditetapkan dalam perjanjian untuk peralihan berlaku.

Beliau menegaskan, penting untuk menunjukkan bahawa dalam Pakatan Harapan terdapat pemahaman, kerjasama dan komitmen tinggi di kalangan empat parti komponen.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.