TERKINI
Politik

Anwar , bukan Azmin

November 4, 2019 12:42 pm – Bukan Che Ta

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan bahawa penggantinya ialah presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaupun ada permintaan daripada pihak tertentu yang meminta beliau bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir berkata beliau komited untuk turun sebelum itu.

Dalam temu bual dengan Sydney Morning Herald di Bangkok, apabila ditanya sama ada beliau pasti akan melepaskan kuasa itu kepada Anwar, bukan Azmin, Dr Mahathir menjawab, “Ya saya akan lakukan”.

“Walaupun terdapat banyak orang lain yang telah meminta saya untuk meneruskan sehingga pilihan raya akan datang – tetapi itu pandangan mereka.

“Komitmen saya adalah untuk meletak jawatan sebelum pilihan raya akan datang, sudah tentu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir enggan memberi tempoh masa tertentu untuk peralihan kuasa yang dipersetujui, yang telah menjadi isu perbalahan.

“Saya tidak boleh mengatakan sama ada dua tahun atau tiga tahun, tetapi saya pasti akan turun seperti yang dijanjikan,” kata Dr Mahathir, yang berada di Bangkok untuk Sidang Kemuncak Asean ke-35.

Ada perminataan dari dalam Pakatan Harapan dan juga Pembangkang supaya Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga berakhirnya mandat kerajaan.

Walau bagaimanapun, terdapat rancangan penggantian yang dipersetujui di mana Dr Mahathir sepatutnya menyerahkan kuasa tersebut kepada Anwar, yang mengatakan bahawa terdapat perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa itu sebelum Pilihanraya 14 yang lalu.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.