TERKINI
Dalam Negara

Bayar PTPTN pekerja, dikecualikan cukai – Majikan

January 7, 2020 11:13 am – Arman Danial

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima sejumlah RM383,285.91 daripada 15 majikan yang mengambil peluang untuk membantu pekerja masing-masing dalam membayar tunggakan pinjaman PTPTN pada tahun lalu.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.

“Ini adalah satu insentif yang perlu diambil faedahnya oleh majikan pada tahun ini kerana pelepasan cukai bukanlah satu perkara yang mudah untuk diperoleh. Bahkan, berita baik untuk majikan kerana insentif ini masih terus diberikan sehingga tahun 2021,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Insentif pelepasan cukai untuk majikan yang membayar pinjaman PTPTN pekerja diperkenalkan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019.

Justeru, Wan Saiful menyarankan setiap majikan merebut peluang itu bagi membantu kakitangan mereka dalam menyelesaikan pinjaman pendidikan dan pada masa sama mendapat pelepasan taksiran cukai bagi jumlah yang telah dijelaskan.

“Kita dapati ada anak muda memang betul-betul tidak mampu membayar (pinjaman PTPTN) dan kita mahu menggalakkan supaya bebanan ini (dari segi penyelesaiannya) dikongsikan juga oleh majikan yang mungkin mencatat keuntungan dalam perniagaan mereka.

“Jadi langkah baiknya jika sedikit keuntungan itu dapat digunakan untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup anak-anak muda ini,” katanya. — BERNAMA

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.