TERKINI
Dalam Negara

Jika ikhlas, terimalah Sekolah Wawasan

January 7, 2020 12:13 pm – Zulkiflee Azmee

Sekiranya rakyat benar-benar mahu melupakan isu perkauman yang membelenggu, mereka perlu bersedia memberikan ruang buat kanak-kanak dari pelbagai kaum untuk bergaul bersama sejak kecil. 

Perkara itu sekali lagi ditegaskan Dr Mahathir ketika disoal tentang peranan pendidikan dalam membentuk hubungan antara kaum di Malaysia. 

Katanya, keadaan di Malaysia yang menerima tiga jenis sekolah berbeza menyebabkan kanak-kanak daripada pelbagai kaum pergi ke sekolah berbeza, tidak berjumpa sesama sendiri sejak kecil, lalu berdepan kesukaran untuk bekerja bersama setelah dewasa. 

“Itu sangat tak elok,” katanya dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Lawasia Constitutional and Rule of Law di Hotel One World, Petaling Jaya hari ini. 

Beliau menjawab soalan seorang peserta yang bertanyakan tentang peranan pendidikan yang dilihat tidak mampu menerapkan nilai perpaduan yang baik dalam kalangan pelajar sekolah, menyebabkan mereka membesar dengan perasaan benci sesama sendiri. 

Untuk itu, Dr Mahathir sekali lagi mencadangkan model Sekolah Wawasan yang pernah dilancarkan bawah pentadbirannya sebagai perdana menteri keempat pada 1997. 

Katanya, cadangan Sekolah Wawasan dicetuskan selepas cadangan agar semua rakyat pelbagai kaum menghantar anak ke sekolah kebangsaan tidak diterima. 

“Kami cadangkan, tiga (jenis) sekolah dalam satu kampus. Buat perhimpunan bersama, main sukan bersama untuk merapatkan pelajar-pelajar (berlainan kaum). Itu juga tak diterima. 

“Itu kami cuba lakukan, tapi ada penolakan yang begitu kuat (strong feelings) terhadapnya. 

“Kalau kamu (peserta) dapat bantu kami, beritahu kumpulan ini (yang menolak), tolonglah, sekurang-kurangnya kita letak sekolah-sekolah ini di satu kampus yang sama,” katanya disambut tepukan hadirin. 

Model Sekolah Wawasan menggabungkan sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular di bawah satu kompleks yang sama.

Konsep sekolah itu bagaimanapun ditentang sesetengah pihak, antaranya Dong Jiao Zong yang dilaporkan bimbang ia akan mengancam pembangunan SJKC. 

Bagaimanapun, berbeza daripada rancangan asalnya, terdapat bekas pengerusi persatuan ibu, bapa dan guru (PIBG) Sekolah Wawasan, mendakwa objektifnya untuk memupuk perpaduan sebenarnya hanya pada namasemata-mata.

Dakwanya, realitnya, semua aktiviti sekolah dibuat berasingan termasuk hari kanak-kanak dan hari guru. 

Pada hari sukan pula, biarpun melibatkan ketiga-tiga sekolah, ia melibatkan pertandingan antara sekolah, dan bukan antara kumpulan yang sepatutnya melibatkan percampuran antara pelajar Melayu, Cina dan India seperti yang rancangan asal.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.