TERKINI
Undang-Undang

Juruwang Maybank mengaku Jepak keluarkan RM6.5j

February 5, 2020 5:55 pm – Arman Danial

KUALA LUMPUR (5 Feb): Ketua juruwang Maybank, Azimah Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin mengeluarkan balik sejumlah RM6.5 juta pada 2016 dan 2017 dari akaunnya.

Azimah, 38, yang merupakan saksi pendakwaan ketiga dan sebelum ini dari cawangan Medan Tuanku, berkata pengeluaran RM5 juta dibuat pada 2016 manakala baki RM1.5 juta dikeluarkan pada 2017.

“Saya menerima arahan daripada Aidawati yang memaklumkan hasrat Saidi untuk mengeluarkan wang RM5 juta daripada akaun peribadinya dalam ‘note’ RM100 pada 19 Disember 2016.

“Kerana cawangan Medan Tuanku hanya mempunyai berjumlah RM1.2 juta, cawangan itu tidak mencukupi dan terpaksa meminta dari ibu pejabat,” katanya.

Beliau menambah kenderaan keselamatan berperisai datang keesokan harinya untuk menghantar RM5 juta yang disimpan di bilik tunai bank itu.

Rosmah didakwa meminta RM187.5 juta untuk anugerah projek untuk membekalkan tenaga solar kepada sekolah-sekolah di luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Dia juga didakwa menerima sogokan sebanyak RM6.5 juta yang melibatkan projek yang sama.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.

Polls

Yang manakah paling penting buat anda sebagai rakyat ?

View Results

Loading ... Loading ...
wa

Kerusi Parlimen Terikini

PAKATAN HARAPAN 119
BARISAN NASIONAL 39
GABUNGAN PARTI SARAWAK 19
PAS 18
BEBAS 13
WARISAN 9
LAIN-LAIN 4
KOSONG 1
pdrm

Promosi Tularr

Dapatkan gadget phone dengan harga gila-gila murah
Pembekal dan pengeluar susu, dadih dan yogurt berperisa kawasan Lembah Klang
Kewangan digital terus meningkat. Simpan di sini.